ShareThis to the world!

Perubahan mendadak Mila Jirin amat mengejutkan peserta Akademi Fantasia (AF)

Tahun 2014 merupakan tahun yang paling banyak meninggalkan kejutan menarik di dalam industri hiburan tempatan apabila sebilangan artis wanita yang dulunya seksi dan tidak bertudung telah melakukan penghijrahan dengan penuh.

Antara pelakon wanita tersebut ialah Neelofa, Bella Dally, Nina, Uqasha Senrose, Emma Maembong dan Ziana Zain. Terbaru, seorang lagi penyanyi terkenal yang juga merupakan bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim ke-5, Mila Jirin telah mengambil keputusan sama untuk berhijab sepenuhnya.

Kebanyakkan pengikut beliau di laman Instagram melahirkan perasaan terkejut mereka dengan perubahan mendadak yang berlaku ke atas Mila Jirin. Ini semestinya satu perkembangan baik buat Mila memandangkan dirinya sebelum ini banyak menerima teguran dari peminat berhubung keperluan untuk menutup aurat.








0 Komentar untuk "Perubahan mendadak Mila Jirin amat mengejutkan peserta Akademi Fantasia (AF)"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info